Memahami Orang Tabligh...
Dilulus terbit pada Friday, November 28 @ 20:00:00 MYT oleh TokPenghulu
Oleh Kopitiam
Teman baru je dok klik blog rakan2 yang follow blog teman. Salah seorang namanya Azhar Jaafar... http://azharjaafar313
.blogspot.com/
Bagi rakan2 di SUA yang kerap dok tarbi orang2 tabligh ni.... marilah kita memahami rintihan orang tabligh sebagaimana yang dipostkan dalam bentuk syair/pantun oleh bro kite ni... tajuknya Orang Tabligh...
Dalam dia diam teman juga cuba memahami mereka.
Ada yang kata orang tabligh ni tak ambik tau pasal politik dan pemerintahan negara...sebab tu masa pilihanraya dema buat tak tau aje...majoriti ngundi pun idak.
Ada yang kata...dema ni tak patut. Dok bawak periuk belanga merata...anak isteri ditinggalkan. Berserah kepada Allah semata.
Ada orang kata orang tabligh ni sibuk nak dakwah supaya dengar dia punya bayan aje...tapi bila majlis ilmu atau majlis kuliah yang dianjurkan oleh orang lain...dema cabut lari. Macam mana nak tarik minat orang?
Ada orang kata orang tabligh ni ingat majlis dia aje taman2 syurga Allah...bagaimana dengan majlis2 agama yang dianjurkan oleh orang lain?
Pendek kata...macam2 orang kata kat orang tabligh....tapi betulkah begitu? Sampai sekarang teman masih tertanya2.
Abang temanpun masuk tabligh tapi dia ngundi dan celik politik.
Abang temanpun masuk tabligh tapi anak2 dia tak terabai dan berjaya semuanya.
Orang tabligh...
Wednesday, August 01, 2007
Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde,
kalau kita tak buat,
sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih,
xkan nak goyang kaki saje2?
(menurut laporan berita Astro & mufti Perak seratus ribu Melayumurtad di Malaysia)
........tersebut dengn permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara.untuk rekod; sebanyak lebih daripada 250,000 kes yang samamenanti di JPN untuk menukar agama, kenyataan & kajian Muti Perak.Permohonan sejak tahun 2000 untuk buang perkatan Islam tetapi tidakdibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari MahkamahSyariah yang membenarkan.)
Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,
sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.
Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj,
bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,
nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat,
mmg nak kena sabar,
nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia,
bondong2 org dtg.
Orang Tabligh,
Lorong ke lorong,
hati ke hati,
pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.
Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,
tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta,
dipanggil gila,
Itu Nabi,
apatah lagi kita,
Yg banyak salah,
yg banyak dosa,
Takpe2,
Allah kan ada,
Yg Maha Mengetahui,
yg mana intan,
yg mana kaca.
Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung,
terlaser..sori,
bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.
Orang Tabligh,
Ada kat mana2,
Kat US, Afrika,
kat Israel pun ada,
Dari petani,
engineer,
sampai la Raja,
Pelbagai adat,
perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.
Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut,
jubah,
seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan,
mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah2 nih!"
Jgn la mcm tu bang,
kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok,
sapa yg rugi?
Kan diri sendiri..
Orang Tabligh,
Manusia biasa,
ada hati,
Sedih bila diperli,
sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah,
rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati,
mmg nak dok rumah,
bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) ,
bila lagi?
Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,
camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,
tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".
Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??"
Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?
Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
"I can't go..sorry!"
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!"
Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,
tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon,
jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),
"no prob.,anytime kami ready!"
Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la,
nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti,
Bab dunia,
tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat,
masing2 buat x kesah,
x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!
Orang Tabligh,
Bukan nak takhta,
harta,
ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,
duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,
masukkan kita dlm syurgaNya,
Itu saja...
Orang tabligh,
Seluruh dunia...naik kapalterbang.
..pakai selipar jepun sahaje...Ikhlas,
..no sponsor....no subsidy.....
passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...
nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar,
macam pengantin baru...
sama seperti balik dari fardhu haji........
..Sayangkan bini tinggal-tinggalkan
..sayangkan anak...rotan digantungkan.
.....sunnah nabi...bukan untuk mendera...
speed limit sahaja...
kenapa sibuk dakwah orang..
keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. ,
anak isteri tak mau ikut...
kalau Nabi Nuh ikut teori tersebut,
tak naik bahteralah jadiknye...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...
tak buat dakwahlah Nabi....
tak sampailah Islam ke M'sia ni...
Orang Tabligh,
Selekehkah,
tak de ilmu,
compang camping kah,
berbaulah..
itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can't blame the teachers.
You have to blame the distortions and ignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah...
Saidina Abu Bakar received the first kalimat terus buat dakwah...
if he waits tunggu complete ilmu,
he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism,
M'sian, New Yorkers & Palestinians
duduk makan satu talam in Nizamuddin..
...(tidak tahu siapa penulis-penulis asal, semoga beliau dirahmati Allah.)
Maklumat lain menganai jemaah tabligh boleh didapati di sini.. http://en.wikipedia.org/wiki/Tablighi_Jamaat
--
Posted By Firdaus Omar to Kopitiam Bang Nan
Artikel Hari Ini
"Kejelitaan" UMNO !
MP Kuala Terengganu mati mengejut, PRK dlm tempoh 60 hari
Tahniah Penyokong UMNO! Anak anda disaman PTPTN
Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu ?
Timbalan Menteri Pelajaran Meninggal Di Genting Highland
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal
Era kematian bahasa Melayu di bawah United Malays National Organisation
Menjaga ‘Pokok yang baru Tumbuh’ di Negeri Perak
Terima kasih YB Bachok
Ratu Gadis Bergetah
[ Artikel seterusnya.. ]
Related Links
· More about Artikel
· News by TokPenghulu
--------------------------------------------------------------------------------
Most read story about Artikel:
Kakitangan TV3 : Dulu khalwat sekarang berbikini
Berita Murtad Dato Azhar Mansor
Hati Budi Hadhari: Telefon Satelit & Najib Razak Yang Berbohong
Pengalaman Masuk Dalam Kaabah
Sedikit Kisah Remaja Melayu Murtad
Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0
Please take a second and vote for this article:
Options
Cetak Artikel
E-Mel kpd Kawan
"Memahami Orang Tabligh..." | Configure | 5 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.
Re: Memahami Orang Tabligh... (Score: 1)
by moses on Friday, November 28 @ 20:34:49 MYT
(User Info | Send a Message)
tabligh ker...pas ker...umno ker...sumer karut..
berjihad mengangkat senjatalah sunnatullah yg sebenarnya..
kalu ikut demokrasi ni sampai mampos pun x menang..kalu menang pun kene kene tunduk ngan org kapir plak..hamas menang pun kene tindas amarika..bile nik aziz nk suruh ahli die pi jihad kt palestin..kate, hukum jihad time ni dh jadi fardu ain..org kite ni keje makan tido,keje makan tido...pastu main intenet..haha
[ Reply to This ]
Re: Memahami Orang Tabligh... (Score: 1)
by zanie on Friday, November 28 @ 21:47:58 MYT
(User Info | Send a Message)
Pak mertua aku orang tabligh, baru aje balik dari Pakistan setelah berada kat sana selama lima bulan. Aku tak pasti dengan pegangan politik diaorang tapi pak mertua aku sentiasa mengundi setiapkali PRU dan mengundi PAS. Kerana itulah pak Mertua aku pernah dinafikan sambungan paip air ke rumahnya oleh JKKK dan anak beliau,adik ipar aku tidak dapat bantuan apa-apa walaupun bergelar ibu tunggal yang tidak ada harta walau sekelumit juapun.
Pak mertua aku adalah manusia biasa paling baik pernah aku kenal.Beliau senantiasa tersenyum dan senantiasa bercakap lembut dengan sesiapa saja malah cahaya keimanannya terpancar dari raut wajahnya yang mesra. Selalu berada di masjid kerana bertugas sebagai bilal dan suaranya melaungkan azan sangat merdu dan sentiasa dirindu jika beliau berkepergian dek aktiviti tablighnya.
Aku rasa gerakan tabligh ni tidak ada salah silapnya, cuma sesetengah dari kita sentiasa berprasangka buruk mungkin kerana tidak begitu memahami golongan ini.
[ Reply to This ]
Re: Memahami Orang Tabligh... (Score: 1)
by hanturayau on Friday, November 28 @ 22:19:51 MYT
(User Info | Send a Message)
SEKURANG-KURANGNYA TABLIGH INI 100 KALI LEBIH BAIK DARI UMNO YANG SENGAL DAN BENGAL
[ Reply to This ]
Re: Memahami Orang Tabligh... (Score: 1)
by jaikl03 on Saturday, November 29 @ 00:47:39 MYT
(User Info | Send a Message)
aku hormat dengan orang tabligh ni , sanggup bersusah payah untuk bawak masyarakat kejalan Allah , tapi yang sedihnya mereka dipandang hina. Biarlah mereka dipandang hina oleh manusia tetapi disisi Allah mereka lebih mulia. Apa yang aku dapat dari pegangan orang tabligh ni ialah kita akan kembali pada Allah seorang diri suatu masa nanti tanpa membawa anak isteri, harta benda dan sebagainya, amalan kitalah yang akan membantu kita di akhirat kelak berserta doa anak yang soleh.segala yang ada didunia hanya pinjaman semata2.Jadi cubalah jadi cam mereka , walaupun kita tak berjanggut dan berpakaian seperti mereka kita tetap ada kewajipan untuk berdakwah.
[ Reply to This ]
Re: Memahami Orang Tabligh... (Score: 1)
by kmuhammad on Saturday, November 29 @ 03:59:27 MYT
(User Info | Send a Message)
Bila buat usaha agama, buatlah dengan ikhlas.
Jangan terkesan dengan tanggapan makhluk Allah.
Hina dina dunia bukan ukuran.
Di siang hari buat usaha agama,
Di malam hari merintih minta ampun dari Allah.
Minta Allah beri kekuatan dan hidayah kepada SEMUA,
Kepada guru, kepada Majikan, tak kira Melayu, Cina ,India, Serani.... inilah usaha agama, inilah usaha fitrah manusia.
Pesan ulama' di markaz : Usahakanlah supaya:
Jadikan
Orang Tablighlah doktor yang paling baik.
Orang Tablighlah polis yang paling baik.
Orang Tablighlah anak yang paling baik.
Orang Tablighlah peniaga yang paling baik.
Orang tablighlah guru yang paling baik.
Orang tablighlah suami yang paling baik....
Orang tablighlah yang terbaik dari segi akhlak, siasah dan aqidah.
Orang tablighlah yang banyak sabar.
Begitulah pesan "elders" di markaz.
Wassalam
[ Reply to This ]
c
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment