Hilangnya Muslim yang profesional....
Dilulus terbit pada Wednesday, September 10 @ 00:39:00 MYT oleh reformis
Oleh latansa
"
Mengapakah Kementerian Pendidikan dengan angkuhnya melaksanakan matematik sains dalam Bahasa Inggeris. Masa tu semua orang betulkan jangan , bijak pandai kata jangan, sasterawan kata jangan, semua orang melayu Islam kata jangan laksanakan dia laksanakan juga. Dr Mahathir sebagai pemimpin boneka tapi tak sedar telah jadi boneka terus juga melaksanakannya. Akibatnya sepuluh lima belas tahun akan datang tidak akan wujud muslim profesional. Jika ada sangat sedikit sekali.
Dahlah zaman aku kecil-kecil dulu di momokkan dengan sukarnya matematik dan dan sains. Dari utara ke selatan semua orang melayu akan kata matematik adalah susah. Hinggakan dulu aku ambil SPM tak ambil matematik pun punyalah fobia. Belajar sains pulak perkara yang pertama ialah kena belah katak yang orang melayu geli. Kalau ayam ke itik ke tentu ramai kawan-kawan aku dah jadi doktor pakar sekarang ni. Aku sampai terasa bahawa ada yang program supaya perkara itu terjadi. Cikgu nasihatkan pulak kalau agak-agak tak kuat tak payah ambil matematik, baik ambil pelajaran lain. Zaman tu tak ambil matematik dalam SPM tak apa. Tapi bila aku ambil statistik di UTM berjaya pulak.Alhamdulillah. Aku rasa orang Islam ni jika taat Allah tak susah untuk belajar. Kalau boleh baca Quran yang turun dari langit, sekalipun tak tahu makan boleh. Tak kan ilmu yang di susun manusia tak boleh.
sebab tu kena mulakan dengan Rohani....Intelek......Emosi....akhir sekali barulah Jasmani.
Kini zaman anak aku matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris pulak dah. Apa semua ini. Pemimpin hari ni pulak lemban @ lembap dalam menangani isu yang dah jelas tak bagus, alasan banyak belanja dah keluar. Ubahlah terus jangan tangguh lagi. Lagi lambat bin lemban maka akan semakin kurang lah profesional Melayu di negara ini.
Di sekolah-sekolah Pondok di Indonesia mereka bercakap Arab dan Inggeris dan setengahnya telah mula mengajarkan bahasa korea dan Jepun namun dalam pengajaran Matematik sains mereka menggunakan bahasa ibunda. Kesimpulannya ialah inilah hasilnya bila pemerintahan diserahkan kepada anak didik Inggeris. Mereka akan lebih Inggeris dari Inggeris sendiri. Inggeris memerintah ratusan tahun tak tukar cuti dari Jumaat kepada Ahad tapi anak didik Inggeris ni dia pula tukar cuti dari Jumaat kepada Ahad walau perintah belum sampai 40 tahun ( rujuk negeri Johor). Lepas tu orang tegurkan ugut nak tangkap. Begong!
Zaman Nabi dulu tak semua sahabat di suruh belajar bahasa asing, Dalam riwayat ialah Zaid bin Thabit yang aku tahu yang di perintah Rasulullah untuk belajar bahasa Suryani dan Hebrew. Zaman Bani Abassiah fungsi Baitul Hikmah menterjemah buku asing kedalam bahasa Arab. Sebab tulah tamadun ilmu berkembang.
Uganda, zimbabwe yang guna bahasa Inggeris tu maju ke?
Anak angsa mati lemas
mati lemas di air masin
Hilang bahasa kerana emas
Hilang budi kerana miskin
Orang Aceh membuat payang
Ikatan sauh tali belati
Orang kasih disangka tak sayang
Kerana bodoh budi pekerti.
Tuesday, September 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment