Kaitan Minda Bawah Sedar Dan Khusyuk Solat
Dilulus terbit pada Monday, August 25 @ 14:27:21 MYT oleh reformis
Oleh mindataqwa
"Kaitan minda bawah sedar dan khusyuk dalam sembahyang. MInda bawah sedar beroperasi dengan tiga modality. Iaitu pendengaran , penglihatan dan emosi (hati)
DEngan menggunakan ketiga-tiga modality ini dapat membawa diri kita menuju pada khusyuk dalam sembahyang. InsyaAllAH
Dan sesungguhnya Kami telah meneguhkan kedudukan mereka dalam hal-hal yang Kami belum pernah meneguhkan kedudukanmu dalam hal itu dan Kami telah memberikan kepada mereka pendengaran, penglihatan dan hati; tetapi pendengaran, penglihatan dan hati mereka itu tidak berguna sedikit juapun bagi mereka, karena mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan mereka telah diliputi oleh siksa yang dahulu selalu mereka memperolok-olokkannya. AL-AHQAAF: 26
Setiap pendengaran, penglihatan dan hati (emosi) adalah secara berpasangan iaitu dalam bentuk zahir dan batin.
Sewaktu kita mendirikan solat hendaklah kita bersikap IHSAN iaitu
“ENgkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat akan dia; Jika engkau tidak dapat melihat akan Dia , maka sesungguhnya Dia melihat engkau. Maksud Hadis nabi .
Kekuatan minda bawah sedar kita yang seolah-olah dapat melihat ALLAH dengan mata hati kerana kita ;melihat ALLAh dengan kepercayaan yang hakiki bahawa Allah tuhan kita, Iaitu beriman kepada yang ghaib yang menjadikan penglihatan kita disinari NUr Illahi.
yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib yang mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka.
Baqarah:3
Penetapan minda perlu dilakukan iaitu kita sentiasa memberitahu kepada diri kita setiap kali mendirikan sembahyang iaitu Katakan pada diri ‘Aku mesti khusyuk sembahyang pada kali ini". Kita sebenarnya menyampaikan mesej ini kepada minda bawah sedar iaitu janji dan keazaman kita untuk khusyuk dan ada juga setengah ulama yang membayangkan setiap kali mendirikan solat mereka mengatakan mungkin itu solat yang terakhir mereka dapat lakukan.
HAdir hati ialah dengan mengosongkan fikiran kita mengenai hal keduniaan. Kita serahkan hal dunia pada pemiliknya dan kosongkan pemikiran terhadap dunia keran setiap kali solat ialah kita menghubungkan jambatan akhirat dengan meninggalkan dunia. Solat juga merupakan ‘MIKRAJ’ iaitu jiwa kita diperjalankan datang meghadap Allah. Angkatkan ‘jiwa kita menghadap Allah yang maha AGUNG dengan emosi yang penuh kekudusan dan keikhlasan .
Di sinilah peranan emosi kita perlu dibangkitkan sehingga kita dapat merasakan kehebatan dan kebesaran Allah . Apabila anda berada pada Tahap ini akan terasa getaran di hati tanpa disedari airmata akan mengalir ke pipi kerana merasa HAIBAH atau rasa segan dan takut kepada PENCIPTA . Perasaan MALU (HAYA’) akan meneyelubungi jiwa anda kerana anda ‘melihat =’kebesaran ALLAH dan anda sebagai hamba.NYA
Dalam Pendengaran pula anda hayati bacaan-bacaan dalam sembahyang. Pastikan pendengaran anda samada secara dalaman dan luaran dapat didengari. Oleh telinga batin dan telinga zahir. Barulah anda tidak berada di dalam kelalaian. Bacalah dengan tartil,jangan laju-laju sambil menghayati bacaan tersebut supaya tingkat kesedaran diri anda pada tahap yang tertinggi.Yang paling baik anda memahami bacaan-bacaan tersebut.
Untuk mencapai tahap tersebut anda mesti focus pada hati (EMOSI) ,pendengaran dan penglihatan anda samada luaran atau dalaman secara bersungguh-sungguh.
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. Al-A’raaf:179
Menggunakan Minda bawah sedar dalam menunaikan solat ialah dengan daya imaginasi . Dalam solat hendaklah anda membayangkan syurga dan neraka. Dengan cara ini dapat menarik hati kamu untuk melakukan solat dengan bersungguh-sungguh. Bayangkan juga alam semesta yang teramat luas samada di langit dan bumi serta isinya yang akan membawa rasa takjub kepada kehebatan penciptanya.
Amalan di luar solat pula ialah hendaklah kamu mengingati Allah pada bila-bila masa kerana ianya dapat membantu kamu khusyuk dalam solat. Amalan membaca Alquraan dan , berzikir dan sentiasa merenung dan memikirkan ciptaan Allah akan membawa kepada khusyuk dalam sembahyang . InsyaAllah
Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya ALmUKMINUN :1-2
Tuesday, August 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment